Thursday, December 11, 2008

Islam Dihina Di Malaysia?

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat
kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap
pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt



kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC
ini adalah musuh Islam di M`sia.



Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…Depa send memorandum kepada PM
minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam
perlembagaan Malaysia..
Antaranya:



1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan.
Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak.


Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, “Hang nak ikut ugama apa?”…Kalau dia kata nak jadi
hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.



2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan “Islam” yang ada kat mykad kita itu, depa
minta di”tiada”kan.


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan.


Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?…Kalau takdak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.


Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran
lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia?…lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?…Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu.


Tau 50 orang Islam tu kata apa?….Depa kata kat
Mufti Perak, “Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!”…Datuk Harussani balas dalam majalah “Millenium Muslim”,
katanya, “Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!”…Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut
sampai tak boleh nak buka!

————————————————————————-
-
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: “Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada
syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.



Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah,
sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-’Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan
Beirut)


WAllahu'alam.

[PERHATIAN]
kesahihan sumber ini tidak dapat dipastikan... sungguhpun begitu yang baik kita ambil yang buruk kita jadikan sempadan.... semoga pekara ini tidak berlaku InsyAllah......

Chatting Dengan Tuhan ( Fahami Betul² )

TUHAN : Kamu memanggilKu ?

AKU: Memanggilmu? Tidak.. Ini siapa?

TUHAN : Ini TUHAN. Aku men​dengar doamu. Jadi ku ingin be​rbincang-bincang denganmu.

AKU: Ya, saya memang sering berdoa, hanya agar saya merasa lebih baik. Tapi
sekarang saya sedang sibuk, sangat sibuk.

TUHAN : Sedang sibuk apa? Semut juga sibuk.

AKU: Tidak tahu la. Yang pasti saya tidak punya waktu luang sedikitpun..Hidup
jadi seperti diburu-buru. Setiap waktu telah menjadi waktu sibuk.

TUHAN : Betul sekali. Aktiviti memberimu kesibukan. Tapi Produktiviti
memberimu hasil. Aktiviti memakan waktu, Produktiviti membebaskan waktu.

AKU: Saya faham.. Tapi saya tetap tidak dapat menghidarinya.
Sebenarnya, saya tidak mengharapkan Tuhan mengajakku chatting seperti ini.

TUHAN : Aku ingin memecahkan masalahmu dengan waktu, dengan memberimu beberapa petunjuk. Di era internet ini, Aku ingin menggunakan medium yang lebih nyaman untukmu daripada mimpi, misalnya..

AKU: OK, sekarang beritahu saya, mengapa hidup jadi begitu rumit?

TUHAN : Berhentilah menganalisa hidup. Jalani saja. Analisa-lah yang
membuatnya jadi rumit.

AKU: Kalau begitu mengapa kami manusia tidak pernah merasa senang?

TUHAN : Hari ini adalah hari esok yang kamu khuatirkan kelmarin. Kamu
merasa khuatir kerana kamu menganalisa. Merasa khuatir menjadi kebiasaanmu.Kerana itulah kamu tidak pernah merasa senang.

AKU: Tapi bagaimana mungkin kita tidak khuatir jika ada begitu banyak
ketidakpastian.

TUHAN : Ketidakpastian itu tidak boleh dihindari. Tapi kekhuatiran adalah
sebuah pilihan.

AKU: Tapi, begitu banyak rasa sakit kerana ketidakpastian.

TUHAN : Rasa Sakit tidak boleh dihindari, tetapi Penderitaan adalah sebuah
pilihan.

AKU: Jika Penderitaan itu pilihan, mengapa orang baik selalu menderita?

TUHAN : Intan tidak dapat diasah tanpa gesekan. Emas tidak dapat dimurnikan tanpa api. Orang baik melewati rintangan, tanpa menderita.Dengan
pengalaman itu, hidup mereka menjadi lebih baik bukan sebaliknya.

AKU: Maksudnya pengalaman pahit itu berguna?

TUHAN : Ya. Dari segala sudut, pengalaman adalah guru yang keras. Guru
pengalaman memberi ujian dulu, baru pemahamannya.

AKU: Tetapi, mengapa kami harus melalui semua ujian itu? Mengapa kami tidak dapat hidup bebas dari masalah?

TUHAN : Masalah adalah Rintangan yang ditujukan untuk meningkatkan kekuatan mental . Kekuatan dari dalam diri bisa keluar dari perjuangan dan rintangan, bukan dari berkata-kata.

AKU: Sejujurnya ditengah segala persoalan ini, kami tidak tahu kemana harus
melangkah...

TUHAN : Jika kamu melihat keluar, maka kamu tidak akan tahu kemana kamu
melangkah. Lihatlah ke dalam. Melihat keluar, kamu bermimpi. Melihat ke
dalam, kamu terjaga. Mata memberimu penglihatan. Hati memberimu arah.

AKU: Kadang-kadang ketidakberhasilan membuatku menderita… Apa yang dapat saya lakukan?

TUHAN : Keberhasilan adalah ukuran yang dibuat oleh orang lain. Kepuasan
adalah ukuran yang dibuat olehmu sendiri. Mengetahui tujuan perjalanan akan
terasa lebih memuaskan daripada mengetahui bahwa kau sedang berjalan.
Bekerjalah dengan kompas, biarkan orang lain bekejaran dengan waktu.

AKU: Di dalam saat-saat sulit, bagaimana saya bisa tetap bermotivasi?

TUHAN : Selalulah melihat sudah berapa jauh saya berjalan, daripada masih
berapa jauh saya harus berjalan. Selalu hitung yang harus kau
syukuri,jangan hitung apa yang tidak kau peroleh.

AKU: Apa yang menarik dari manusia?

TUHAN : Jika menderita, mereka bertanya "Mengapa harus aku?". Jika mereka bahagia, tidak ada yang pernah bertanya "Mengapa harus aku?".

AKU: Kadangkala saya bertanya, siapa saya, mengapa saya disini?

TUHAN : Jangan mencari siapa kamu, tapi tentukanlah ingin menjadi apa kamu. Berhentilah mencari mengapa saya di sini. Ciptakan tujuan itu. Hidup
bukanlah proses pencarian, tapi sebuah proses penciptaan.

AKU: Bagaimana saya bisa mendapat yang terbaik dalam hidup ini?

TUHAN : Hadapilah masa lalu-mu tanpa penyesalan. Peganglah saat ini dengan
keyakinan. Siapkan masa depan tanpa rasa takut.

AKU: Pertanyaan terakhir. Seringkali saya merasa doa-doaku tidak dijawab.

TUHAN : Tidak ada doa yang tidak dijawab. Seringkali jawabannya adalah
TIDAK.

AKU: Terima Kasih Tuhan atas chatting yang indah ini.

TUHAN : Ok. Teguhlah dalam iman, dan buanglah rasa takut. Hidup adalah
misteri untuk dipecahkan, bukan masalah untuk diselesaikan. Percayalah
padaKu. Hidup itu indah jika kamu tahu cara untuk hidup.