Thursday, December 11, 2008

Islam Dihina Di Malaysia?

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat
kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap
pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt



kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC
ini adalah musuh Islam di M`sia.



Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…Depa send memorandum kepada PM
minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam
perlembagaan Malaysia..
Antaranya:



1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan.
Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak.


Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, “Hang nak ikut ugama apa?”…Kalau dia kata nak jadi
hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.



2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan “Islam” yang ada kat mykad kita itu, depa
minta di”tiada”kan.


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan.


Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?…Kalau takdak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.


Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran
lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia?…lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?…Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu.


Tau 50 orang Islam tu kata apa?….Depa kata kat
Mufti Perak, “Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!”…Datuk Harussani balas dalam majalah “Millenium Muslim”,
katanya, “Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!”…Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut
sampai tak boleh nak buka!

————————————————————————-
-
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: “Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada
syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.



Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah,
sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-’Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan
Beirut)


WAllahu'alam.

[PERHATIAN]
kesahihan sumber ini tidak dapat dipastikan... sungguhpun begitu yang baik kita ambil yang buruk kita jadikan sempadan.... semoga pekara ini tidak berlaku InsyAllah......

Chatting Dengan Tuhan ( Fahami Betul² )

TUHAN : Kamu memanggilKu ?

AKU: Memanggilmu? Tidak.. Ini siapa?

TUHAN : Ini TUHAN. Aku men​dengar doamu. Jadi ku ingin be​rbincang-bincang denganmu.

AKU: Ya, saya memang sering berdoa, hanya agar saya merasa lebih baik. Tapi
sekarang saya sedang sibuk, sangat sibuk.

TUHAN : Sedang sibuk apa? Semut juga sibuk.

AKU: Tidak tahu la. Yang pasti saya tidak punya waktu luang sedikitpun..Hidup
jadi seperti diburu-buru. Setiap waktu telah menjadi waktu sibuk.

TUHAN : Betul sekali. Aktiviti memberimu kesibukan. Tapi Produktiviti
memberimu hasil. Aktiviti memakan waktu, Produktiviti membebaskan waktu.

AKU: Saya faham.. Tapi saya tetap tidak dapat menghidarinya.
Sebenarnya, saya tidak mengharapkan Tuhan mengajakku chatting seperti ini.

TUHAN : Aku ingin memecahkan masalahmu dengan waktu, dengan memberimu beberapa petunjuk. Di era internet ini, Aku ingin menggunakan medium yang lebih nyaman untukmu daripada mimpi, misalnya..

AKU: OK, sekarang beritahu saya, mengapa hidup jadi begitu rumit?

TUHAN : Berhentilah menganalisa hidup. Jalani saja. Analisa-lah yang
membuatnya jadi rumit.

AKU: Kalau begitu mengapa kami manusia tidak pernah merasa senang?

TUHAN : Hari ini adalah hari esok yang kamu khuatirkan kelmarin. Kamu
merasa khuatir kerana kamu menganalisa. Merasa khuatir menjadi kebiasaanmu.Kerana itulah kamu tidak pernah merasa senang.

AKU: Tapi bagaimana mungkin kita tidak khuatir jika ada begitu banyak
ketidakpastian.

TUHAN : Ketidakpastian itu tidak boleh dihindari. Tapi kekhuatiran adalah
sebuah pilihan.

AKU: Tapi, begitu banyak rasa sakit kerana ketidakpastian.

TUHAN : Rasa Sakit tidak boleh dihindari, tetapi Penderitaan adalah sebuah
pilihan.

AKU: Jika Penderitaan itu pilihan, mengapa orang baik selalu menderita?

TUHAN : Intan tidak dapat diasah tanpa gesekan. Emas tidak dapat dimurnikan tanpa api. Orang baik melewati rintangan, tanpa menderita.Dengan
pengalaman itu, hidup mereka menjadi lebih baik bukan sebaliknya.

AKU: Maksudnya pengalaman pahit itu berguna?

TUHAN : Ya. Dari segala sudut, pengalaman adalah guru yang keras. Guru
pengalaman memberi ujian dulu, baru pemahamannya.

AKU: Tetapi, mengapa kami harus melalui semua ujian itu? Mengapa kami tidak dapat hidup bebas dari masalah?

TUHAN : Masalah adalah Rintangan yang ditujukan untuk meningkatkan kekuatan mental . Kekuatan dari dalam diri bisa keluar dari perjuangan dan rintangan, bukan dari berkata-kata.

AKU: Sejujurnya ditengah segala persoalan ini, kami tidak tahu kemana harus
melangkah...

TUHAN : Jika kamu melihat keluar, maka kamu tidak akan tahu kemana kamu
melangkah. Lihatlah ke dalam. Melihat keluar, kamu bermimpi. Melihat ke
dalam, kamu terjaga. Mata memberimu penglihatan. Hati memberimu arah.

AKU: Kadang-kadang ketidakberhasilan membuatku menderita… Apa yang dapat saya lakukan?

TUHAN : Keberhasilan adalah ukuran yang dibuat oleh orang lain. Kepuasan
adalah ukuran yang dibuat olehmu sendiri. Mengetahui tujuan perjalanan akan
terasa lebih memuaskan daripada mengetahui bahwa kau sedang berjalan.
Bekerjalah dengan kompas, biarkan orang lain bekejaran dengan waktu.

AKU: Di dalam saat-saat sulit, bagaimana saya bisa tetap bermotivasi?

TUHAN : Selalulah melihat sudah berapa jauh saya berjalan, daripada masih
berapa jauh saya harus berjalan. Selalu hitung yang harus kau
syukuri,jangan hitung apa yang tidak kau peroleh.

AKU: Apa yang menarik dari manusia?

TUHAN : Jika menderita, mereka bertanya "Mengapa harus aku?". Jika mereka bahagia, tidak ada yang pernah bertanya "Mengapa harus aku?".

AKU: Kadangkala saya bertanya, siapa saya, mengapa saya disini?

TUHAN : Jangan mencari siapa kamu, tapi tentukanlah ingin menjadi apa kamu. Berhentilah mencari mengapa saya di sini. Ciptakan tujuan itu. Hidup
bukanlah proses pencarian, tapi sebuah proses penciptaan.

AKU: Bagaimana saya bisa mendapat yang terbaik dalam hidup ini?

TUHAN : Hadapilah masa lalu-mu tanpa penyesalan. Peganglah saat ini dengan
keyakinan. Siapkan masa depan tanpa rasa takut.

AKU: Pertanyaan terakhir. Seringkali saya merasa doa-doaku tidak dijawab.

TUHAN : Tidak ada doa yang tidak dijawab. Seringkali jawabannya adalah
TIDAK.

AKU: Terima Kasih Tuhan atas chatting yang indah ini.

TUHAN : Ok. Teguhlah dalam iman, dan buanglah rasa takut. Hidup adalah
misteri untuk dipecahkan, bukan masalah untuk diselesaikan. Percayalah
padaKu. Hidup itu indah jika kamu tahu cara untuk hidup.

Saturday, November 29, 2008

Lelaki Hensem vs Lelaki Tak Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!…..

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan , kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat !! lelaki ke bukan ni?

18SX

Alor Setar - Seorang lelaki berumur 48 tahun telah ditahan polis hari ini
kerana telah mencabul kehormatan menantu perempuannya. Kejadian dikatakan berlaku lebih kurang pukul 11 pagi apabila tertuduh dikatakan telah masuk ke dalam bilik menantunya yang pada masa itu tinggal berseorangan kerana suaminya telah pergi bekerja. Tertuduh kemudian dilaporkan telah memaksa mangsa menanggalkan bajunya lalu tertuduh telah meramas dan menghisap buah dada mangsa. Jiran-jiran dapat menangkap tertuduh setelah mendengar jeritan mangsa lalu membawanya ke balai polis.

Di balai polis, suami mangsa, iaitu anak lelaki tertuduh, terus meluru kepada ayahnya dengan perasaan marah bercampur kesal. Si anak dengan menahan sabar berbaur kemarahan, dengan nada suara menggigil kerana menahan amarah yang amat sangat, lalu bertanya kepada ayahnya, "Ayah..... naper ayah buat camni ha? Ayah dah hilang akal ke? Tak malu ke? Mana kami nak letak muka, ayah? Kenapa ayah? why? why? why?"


Si ayah pun dengan tenang lagi selamba menjawab, "Ooh... malu konon... apa
yang nak dimalukan?"


Berdesing telinga si anak apabila mendengar jawapan ayahnya.


"Apa??!! Tak malu??!!!


Badan si anak telah menggeletar teramat kerana cuba menahan marah.


"Dah tu....." tempelak si ayah, "yang kau tu dulu hisap buah dada bini aku,
aku tak kisah pun. Takkan skang ni aku nak hisap buah dada bini kau pun tak
boleh??? Kena adil laaa!!!"


Si anak terus jadi sawan mendengar jawapan ayahnya :P

Buah? :P

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

Wednesday, November 26, 2008

Renungan Bersama

orang yang celik bila bercinta pun boleh menjadi buta…tetapi,orang yang “buta” pun mampu menjadi celik akibat mainan politik…yang diketahui sedikit,tetapi ramai yang mengaku,mengiakan,menyatakan,mengatakan bahawa seperti dia tahu segalanya…Tahunya sedikit,cakapnya banyak,seperti satu dunia ilmunya,penuh seribu macam idea dalam benaknya….



Perubahan itu bagus,berubah juga bagus…Tetapi,apakah perubahan itu semestinya bagus???ini adalah perjudian yang kita terpaksa hadapi,risiko yang perlu kita tanggungi…Jika berubah ke arah yang lebih baik,memang itu hendak semua…tetapi jika masih sama,lebih baik tiada dari ada…



Tidak akan hilang bisa ular yang menyusur dibawah akar..tetap sama bahayanya….Sama juga dengan hak kita,yang mungkin bukan sekarang masanya…Jika betul kita ditakdirkan untuk berkuasa,siapa sangka,seorang budak biasa bila dewasa menjadi seorang yang dikenali dunia…
Jika benar ditakdirkan,tidak kemana rezeki itu…kita hidup sebagai manusia,maruah adalah segalanya..benar,mungkin ada orang lain yang telah memusnahkan maruah kita,tetapi jangan kita mengabil jalan yang sama kerana jika itu yang kita lakukan,maka tidak ada bezalah kita dengan mereka…Untuk kita gah di mata manusia lain,kita perlu ada maruah dalam melakukan sesuatu…Tiada jalan mudah,tiada jalan pintas yang boleh diambil tanpa mengorbankan sesuatu sebagai gantinya…Tetapi,jika perlu kita korbankan sesuatu,bukanlah maruah kita sebagai insan…



Untuk menjadikan sesuatu,kita perlu membinanya,bukan dengan memusnahkannya….kepercayaan bukan seperti bangunan,yang boleh dirobohkan dan dibina semula dengan mudah…sekali kita dipermainkan,susah untuk kita mempercayainya lagi walaupun ianya telah berlalu beribu tahun dahulu…berkata biar benar,berbuat biar betul…Asas utama dalam hubungan adalah kepercayaan,jangan sesekali dinodai ia…



hidup ini ibarat roda,mulanya kita dibawah,dan akhirnya kita dibawah juga….kita hanya diatas pada ketika tengahnya sahaja..kita perlu tahu,bila masanya kita perlu maju ke depan,bergerak ke atas…dan kita juga perlu tahu,akan tiba masanya kita perlu turun semula ke bawah…dan bila kita di bawah,jangan terlalu tinggi memasang angan-angan untuk terus ke atas…ianya tidak akan mungkin terjadi…ingat,hidup ini ibarat roda,untuk ke atas,perlu kita lalui bahagian tengahnya dahulu..mengikut rapat yang di depan,menunggu giliran untuk berada di kemuncak…



Kesetiaan adalah kemestian…Rakan-rakan dan teman-teman punya erti berlainan…rakan akan tetap dengan kita walau tiada di depan mata,tetapi teman hanya menjadi teman apabila berada dengan kita dikala kesorangan..hanya meneman dikala kesunyian,walau kita tidak sehaluan,tidak bersefahaman…kerana semua orang tidak mahu terus hidup seorang..inginkan teman walau tidak berkenalan…supaya tidak berjuang berseorangan…bagaimana boleh menjadi teman tetapi tidak berkenalan…??cuba bayangkan…kita didalam satu lif,bersorangan..tiba di satu tingkat,pintu lif terbuka dan masuk seorang asing yang tidak dikenali…maka,kita tidak lagi bersorangan dalam lif itu..kini kita telah pun berteman..tapi,kita tidak kenal,tidak tahu pun siapa orang itu…kawan dan teman punya erti yang berbeza…teman tetap teman walau tiada kesitiaan tetapi kawan bukan kawan jika tiada kesetiaan…



Jangan di halalkan cara yang tidak benar,jangan di lakukan perkara yang tidak betul….jangan dikatakan apa yang tidak dilakukan, jangan mengiakan apa yang tidak diketahui….Berkat ilahi yang menjadi keutamaan diri,bukan kepentingan peribadi menjadi nadi…tanpa restu-Nya,mustahil kita boleh ke hadapan maju melangkah dengan aman…Ingatlah,yang menjadi tunjang dalam diri kita adalah agama,yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada kita…jadikanlah ia penerang jalan ketika gelap,petunjuk arah ketika sesat,menjadi pedoman ketika melarat…

Pengetahuan (ramai yg x sedar tentang ini)

Perkara Fardhu / yang wajib dikerjakan ketika mandi wajib ialah:

1. berniat

2. menghilangkan najis yang melekat di badan

3. menyampaikan air ke seluruh badan (ke semua kulit dan rambut)


Cara-cara mandi wajib termasuk perkara-perkara sunat ialah:

1. Membaca 'Bismillah' ketika akan mandi

2. Mengambil wudhuk sebelumnya sebagaimana amalan Nabi s.a.w

3 Melalukan tangan di atas seluruh badan (menggosok-gosok) bagi menghilangkan kotoran yang melekat.

4. Mendahulukan membasuh yang sebelah kanan dari sebelah kiri

5. Menutup aurat di tempat yang tersembunyi seperti dalam bilik mandi.

Yakjud & Makjud

Sesiapa yang pernah berguru di pondok dan di sekolah, mungkin dapat mendengar dari kitab Arab mengenai cerita Yakjud & Makjud. Apa yang saya masih ingat... dikatakan setiap hari makhluk ini akan menggali tanah untuk muncul keluar ke dunia.



Namun apabila mereka tidur dan keletihan, para malaikat akan menutup kembali apa yang sudah digali mereka. Wallahua'lam WASHINGTON - Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States!



Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".



"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata- rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".



Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole". "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".



"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau". "Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".



Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber. "Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah- buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".



"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang serius, termasuk: Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasama? Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu.



Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos tahun lepas ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".



Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.



Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui

Tuesday, November 25, 2008

Yakjud dan Makjud (walaupun panjang juga...x salah kalau bace....)

written by G at Monday, November 24, 2008

Salam..hanya nak berkongsi...disebalik mcm2 amaran Allah yang berlaku sejak akhir2 ni...mungkin bumi kita ni dah tua dan mungkin gak dh nk smpai penghujungnya...wallahua'alam.
Serba sedikit perihal yakjuj dan makjuj.......


Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih ada satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekaligus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul dihadapan manusia. Akan tetapi, ketikamakhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa.Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk yang dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi "pusat tahanan" Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalm perkara ghaibyang wajib diimani manusia menerusi tanda besar kiamat.Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya(API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia keturunan Nabi Adam AS.Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Nafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96 dan 97", katanyaAllah berfirman menerusi ayat surah al-KAHFI ITU: "Kemudian dia(Zulkarnain) menempuh suatu jalan(yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati dihadapan kedua-dua gunungitu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan."Mereka berkata:"Hai Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuatdinding antara mereka?'"Zulkarnain berkata: "Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan(manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.

Berilah aku potongan-potongan besi'."Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua(puncak)gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah(api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi(merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga(yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu."Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku(kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar".

Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman: "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar(kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir(Merekaberkata): 'Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim".Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehigga kini tetapi dipisahkan daripada manusia oleh Allah SWT menerusi tembok yang dibina oleh Zulkarnain.Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembalimeneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat.

Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kamatian Dajal yang dibunuh oleh Nabi isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka ikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.

"Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj: Baginda kemudia berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongn itu sehingga mati."Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi", katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin dan mempertahankan akidah islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah keran mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiya di atas seperti firman-Nya:"(Mereka berkata):'Aduhai, celakalah kami, sesunggunnya kami adalah dalam kalalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim".