orang yang celik bila bercinta pun boleh menjadi buta…tetapi,orang yang “buta” pun mampu menjadi celik akibat mainan politik…yang diketahui sedikit,tetapi ramai yang mengaku,mengiakan,menyatakan,mengatakan bahawa seperti dia tahu segalanya…Tahunya sedikit,cakapnya banyak,seperti satu dunia ilmunya,penuh seribu macam idea dalam benaknya….
Perubahan itu bagus,berubah juga bagus…Tetapi,apakah perubahan itu semestinya bagus???ini adalah perjudian yang kita terpaksa hadapi,risiko yang perlu kita tanggungi…Jika berubah ke arah yang lebih baik,memang itu hendak semua…tetapi jika masih sama,lebih baik tiada dari ada…
Tidak akan hilang bisa ular yang menyusur dibawah akar..tetap sama bahayanya….Sama juga dengan hak kita,yang mungkin bukan sekarang masanya…Jika betul kita ditakdirkan untuk berkuasa,siapa sangka,seorang budak biasa bila dewasa menjadi seorang yang dikenali dunia…
Jika benar ditakdirkan,tidak kemana rezeki itu…kita hidup sebagai manusia,maruah adalah segalanya..benar,mungkin ada orang lain yang telah memusnahkan maruah kita,tetapi jangan kita mengabil jalan yang sama kerana jika itu yang kita lakukan,maka tidak ada bezalah kita dengan mereka…Untuk kita gah di mata manusia lain,kita perlu ada maruah dalam melakukan sesuatu…Tiada jalan mudah,tiada jalan pintas yang boleh diambil tanpa mengorbankan sesuatu sebagai gantinya…Tetapi,jika perlu kita korbankan sesuatu,bukanlah maruah kita sebagai insan…
Untuk menjadikan sesuatu,kita perlu membinanya,bukan dengan memusnahkannya….kepercayaan bukan seperti bangunan,yang boleh dirobohkan dan dibina semula dengan mudah…sekali kita dipermainkan,susah untuk kita mempercayainya lagi walaupun ianya telah berlalu beribu tahun dahulu…berkata biar benar,berbuat biar betul…Asas utama dalam hubungan adalah kepercayaan,jangan sesekali dinodai ia…
hidup ini ibarat roda,mulanya kita dibawah,dan akhirnya kita dibawah juga….kita hanya diatas pada ketika tengahnya sahaja..kita perlu tahu,bila masanya kita perlu maju ke depan,bergerak ke atas…dan kita juga perlu tahu,akan tiba masanya kita perlu turun semula ke bawah…dan bila kita di bawah,jangan terlalu tinggi memasang angan-angan untuk terus ke atas…ianya tidak akan mungkin terjadi…ingat,hidup ini ibarat roda,untuk ke atas,perlu kita lalui bahagian tengahnya dahulu..mengikut rapat yang di depan,menunggu giliran untuk berada di kemuncak…
Kesetiaan adalah kemestian…Rakan-rakan dan teman-teman punya erti berlainan…rakan akan tetap dengan kita walau tiada di depan mata,tetapi teman hanya menjadi teman apabila berada dengan kita dikala kesorangan..hanya meneman dikala kesunyian,walau kita tidak sehaluan,tidak bersefahaman…kerana semua orang tidak mahu terus hidup seorang..inginkan teman walau tidak berkenalan…supaya tidak berjuang berseorangan…bagaimana boleh menjadi teman tetapi tidak berkenalan…??cuba bayangkan…kita didalam satu lif,bersorangan..tiba di satu tingkat,pintu lif terbuka dan masuk seorang asing yang tidak dikenali…maka,kita tidak lagi bersorangan dalam lif itu..kini kita telah pun berteman..tapi,kita tidak kenal,tidak tahu pun siapa orang itu…kawan dan teman punya erti yang berbeza…teman tetap teman walau tiada kesitiaan tetapi kawan bukan kawan jika tiada kesetiaan…
Jangan di halalkan cara yang tidak benar,jangan di lakukan perkara yang tidak betul….jangan dikatakan apa yang tidak dilakukan, jangan mengiakan apa yang tidak diketahui….Berkat ilahi yang menjadi keutamaan diri,bukan kepentingan peribadi menjadi nadi…tanpa restu-Nya,mustahil kita boleh ke hadapan maju melangkah dengan aman…Ingatlah,yang menjadi tunjang dalam diri kita adalah agama,yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada kita…jadikanlah ia penerang jalan ketika gelap,petunjuk arah ketika sesat,menjadi pedoman ketika melarat…

1 comment:
penulisan ni agak biase tetapi apabila kite ungkap kembali ia memberi impak yang besar kepada masyarakat supaya bersatu...
Post a Comment